Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

 

Skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.

 

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

 

Pada tahun 2022, Kerajaan telah melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (“i-Biaya”) di mana SRP disenaraikan sebagai salah satu daripada skim pembiayaan yang ditawarkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah memiliki rumah. I-Biaya adalah salah satu komponen di bawah Home Ownership Programme yang memberi tumpuan kepada ekosistem perumahan termasuk penyediaan rumah serta dasar lain yang berkaitan.

 

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM10,000 untuk pemohon tunggal/pemohon bersama
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
  • Pembiayaan sehingga 110%** Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000
 

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
 

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun
 

Sumber : https://www.srp.com.my/bm/eligibility-criteria

 

 

Home Page
© Copyright 2022 All rights reserved.
www.HartanahPertama.com
× Ya. Boleh saya bantu?